Pada masa ini MEKAR membangunkan blog sementara untuk menyalurkan
maklumat kepada ahli. Jika MEKAR memperoleh dana daripada pihak DBP, kita akan
membangunkan laman web yang lebih canggih yang mempunyai kelebihan berbanding
blog. Bagi mereka yang ingin menghantar Borang Keahlian melalui e-mel (belum
boleh dilakukan melalui web), yang berikut ialah tatacaranya:
1. Muat turun Borang Keahlian (dalam Word).
2. Isi maklumat yang diperlukan.
3. Tampal
gambar (digital) di ruangan yang disediakan– jika gambar belum ada di komputer,
imbas gambar sedia ada atau gunakan
kamera digital/telefon bimbit. Klik kanan gambar, pilih Copy. Pergi ke Borang
Keahlian dan klik Paste pada ruangan gambar.
4. Sediakan
tandatangan pada kertas putih. Kemudian imbas. Boleh juga ambil gambar (tapi
akan kelihatan gelap sedikit latarnya). Imbasan tandatangan tadi perlu disimpan
dalam format gambar (contoh: imbasan tandatangan disimpan dalam MS PowerPoint,
potong/crop imej kemudian klik kanan dan Save as Picture. Beri nama misalnya “Tandatangan
A”. Gambar tandatangan akan disimpan dalam Folder Picture).
5. Klik “Tandatangan A”. Kemudian klik kanan imej dan pilih
Copy.
6. Pergi ke Borang Keahlian dan klik Paste pada ruangan
tandatangan.
7. Jika
hendak membayar Yuran Tahunan RM20, Nombor Akaun (Semasa) RHB ialah 2140-6200-0946-00.
Mohon simpan bukti pembayaran.
8. Setelah Borang Keahlian siap diisi, Save as dalam format
PDF.
9. Hantar borang ke alamat e-mel berikut:
atiah25@yahoo.com
(puan Atiah – Setiausaha)
10. Sebarang masalah boleh hubungi saya:
jamal_ms@yahoo.com
(Jamaluddin – 012-6690919)
No comments:
Post a Comment