Sebuah persatuan yang menggabungkan mantan karyawan DBP Malaysia bertujuan merapatkan silaturahim dan menjaga hal ehwal serta kebajikan para ahli.
Thursday, 3 September 2015
Mesyuarat Agung Khas Persatuan Mantan Karyawan DBP Malaysia (MEKAR)
Mesyuarat di atas diadakan pada 15 September 2015 (Selasa) pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Tingkat 31 Menara DBP. Tuan/puan mantan karyawan DBP dijemput hadir untuk membincangkan pindaan Perlembagaan MEKAR yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Selepas Perlembagaan MEKAR dipersetujui dan disahkan, program dan aktiviti akan dimulakan. Sokongan tuan/puan amat diharapkan demi mencapai matlamat penubuhan MEKAR. Tuan/puan yang masih belum mengisi Borang Keahlian bolehlah berbuat demikian sebelum mesyuarat. Yuran Tahunan RM20 berserta 2 keping gambar ahli. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment