Persatuan
Mantan Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (MEKAR)
d/a
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan
Bahasa, 50460 Kuala Lumpur
|
Tarikh: 22 Jun 2015/ 5 Ramadan 1436H
Ruj Kami: MEKAR DBP (SPK) 10/2015
Kepada:
Tuan/Puan,
Assalamulaikum wbt.
Tuan/Puan,
UNDANGAN
MENJADI AHLI PERSATUAN MANTAN KARYAWAN DBP (MEKAR)
Pertama sekali kami mendoakan agar tuan/puan dan ahli
keluarga sentiasa dirahmati Allah dan diberi nikmat kesihatan dan kesejahteraan
untuk terus berbakti kepada agama bangsa dan negara.
2. Kedua, kami dengan sukacitanya memaklumkan
kepada tuan/puan bahawa Persatuan Mantan Karyawan DBP - yang dahulunya dikenali
sebagai Persatuan Pesara DBP sudah pun didaftarkan sebagai sebuah persatuan
yang sah pada 22 Mei 2015 yang lalu. Persatuan yang menggunakan nama singkatan
MEKAR ini sedang merangka program dan aktiviti yang dapat memanfaatkan ahli dan
juga DBP secara am.
3. Sehubungan
dengan itu, kami sangat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan sebagai ahli persatuan
ini. Keahlilan ini amat penting demi meneruskan silaturrahim dan menyemarakkan
rasa kekeluargaan yang pernah terjalin antara ratusan karyawan DBP selama ini,
yang kini agak kurang diberikan perhatian. Demikian juga, kepakaran dan
kemahiran yang ada pada setiap mantan karyawan pasti masih dapat dikongsi baik
sesama ahli persatuan mahupun dengan DBP.
4. Untuk
makluman tuan/puan juga, pihak DBP telah menunjukkan keperihatinan terhadap
MEKAR dan bersedia memberikan sokongan serta kemudahan untuk menjayakan misi
kita. Dengan yang demikian, kami harap dapat kiranya tuan/puan meluangkan sedikit
masa untuk mengisi borang keahlian yang kami sertakan ini dan mengembalikannya
kepada pihak kami dengan kadar segera agar dapat kami proses secepatnya.
Akhir sekali, bagi pihak MEKAR kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada perhatian tuan/puan dan mendoakan agar niat baik
kita semua direstui Allah swt.
Sekian, salam hormat daripada kami.
(Atiah Mohd. Salleh)
Setiausaha JK Penaja MEKAR
2015
No comments:
Post a Comment