1. BIRO
KEAHLIAN
1.1. Mengurus
pendaftaran ahli baharu.
1.2. Mengemaskini
dan menyimpan rekod keahlian.
1.3. Berurusan dengan Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia DBP untuk mendapatkan maklumat tentang pesara, bakal pesara serta
urusan yang berkaitan dengan pendaftaran/keahlian.
2. BIRO
PERHUBUNGAN DAN PUBLISITI
2.1. Mengurus perhubungan dengan pihak dalaman dan
luaran MEKAR.
2.2. Mengurus promosi dan publisiti tentang MEKAR.
2.3. Membuat
promosi dan publisiti tentang aktiviti yang dilaksanakan melalui pelbagai media
cetak dan elektronik.
2.4.
Bertindak sebagai pusat komunikasi MEKAR;
keutamaan diberikan kepada media elektronik seperti laman web, blog, facebook, kumpulan
WhatsApp dan sebagainya.
3. BIRO
PENDIDIKAN
3.1.
Mengurus taklimat, kursus, seminar, bengkel,
ceramah dan sebagainya tentang hal-hal yang ada manfaatnya kepada ahli-ahli dan
keluarga MEKAR dengan tujuan meningkatkan maklumat serta pengetahuan mereka,
sesuai dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
4. BIRO
KEBAJIKAN
4.1.
Merancang dan membantu mengurus hal-hal
kebajikan bagi ahli dan keluarga MEKAR seperti ketika kematian, sakit atau
ketika ditimpa musibah dan sebagainya.
4.2.
Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh
memupuk silatulrahim seperti perjumpaan, pelbagai majlis (hari raya, hari
keluarga), ziarah, lawatan berkumpulan dan sebagainya.
5. BIRO
KEWANGAN
5.1.
Mengurus kewangan MEKAR
5.2.
Mencari sumber-sumber kewangan untuk menambah
dana MEKAR seperti mendapatkan sumbangan, penajaan dan sebagainya untuk
menampung perbelanjaan aktiviti MEKAR.
6. BIRO
EKONOMI
6.1. Mencari peluang-peluang ekonomi dan perniagaan
yang sesuai untuk menampung perbelanjaan MEKAR di samping menambah pendapatan.
6.2.
Mengurus peluang-peluang ekonomi dan perniagaan
yang diperoleh untuk disertai oleh ahli dan keluarga MEKAR yang mempunyai kepakaran
seperti perkhidmatan konsultansi, pengurusan latihan dan seminar, editorial,
grafik, pemasaran dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment