Sebuah persatuan yang menggabungkan mantan karyawan DBP Malaysia bertujuan merapatkan silaturahim dan menjaga hal ehwal serta kebajikan para ahli.
Monday, 14 September 2015
Berita Pesara DBP Meninggal Dunia (14 September 2015)
Dimaklumkan bahawa Tuan Hj. Ali Che In telah pulang ke rahmatullah (14 September 2015). Innalillahi wainna ilaihirojiun. Marilah kita bersama-sama berdoa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang soleh. Amin.
Perubahan Tempat Mesyuarat Agung Khas 2015
Mesyuarat Agung Khas MEKAR yang akan diadakan pada 15 September 2015 (Selasa) pukul 10.30 pagi berubah tempat dari Tingkat 31 ke Dewan Kuliah Tingkat 4 DBP.
Fungsi Am Biro
1. BIRO
KEAHLIAN
1.1. Mengurus
pendaftaran ahli baharu.
1.2. Mengemaskini
dan menyimpan rekod keahlian.
1.3. Berurusan dengan Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia DBP untuk mendapatkan maklumat tentang pesara, bakal pesara serta
urusan yang berkaitan dengan pendaftaran/keahlian.
2. BIRO
PERHUBUNGAN DAN PUBLISITI
2.1. Mengurus perhubungan dengan pihak dalaman dan
luaran MEKAR.
2.2. Mengurus promosi dan publisiti tentang MEKAR.
2.3. Membuat
promosi dan publisiti tentang aktiviti yang dilaksanakan melalui pelbagai media
cetak dan elektronik.
2.4.
Bertindak sebagai pusat komunikasi MEKAR;
keutamaan diberikan kepada media elektronik seperti laman web, blog, facebook, kumpulan
WhatsApp dan sebagainya.
3. BIRO
PENDIDIKAN
3.1.
Mengurus taklimat, kursus, seminar, bengkel,
ceramah dan sebagainya tentang hal-hal yang ada manfaatnya kepada ahli-ahli dan
keluarga MEKAR dengan tujuan meningkatkan maklumat serta pengetahuan mereka,
sesuai dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
4. BIRO
KEBAJIKAN
4.1.
Merancang dan membantu mengurus hal-hal
kebajikan bagi ahli dan keluarga MEKAR seperti ketika kematian, sakit atau
ketika ditimpa musibah dan sebagainya.
4.2.
Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh
memupuk silatulrahim seperti perjumpaan, pelbagai majlis (hari raya, hari
keluarga), ziarah, lawatan berkumpulan dan sebagainya.
5. BIRO
KEWANGAN
5.1.
Mengurus kewangan MEKAR
5.2.
Mencari sumber-sumber kewangan untuk menambah
dana MEKAR seperti mendapatkan sumbangan, penajaan dan sebagainya untuk
menampung perbelanjaan aktiviti MEKAR.
6. BIRO
EKONOMI
6.1. Mencari peluang-peluang ekonomi dan perniagaan
yang sesuai untuk menampung perbelanjaan MEKAR di samping menambah pendapatan.
6.2.
Mengurus peluang-peluang ekonomi dan perniagaan
yang diperoleh untuk disertai oleh ahli dan keluarga MEKAR yang mempunyai kepakaran
seperti perkhidmatan konsultansi, pengurusan latihan dan seminar, editorial,
grafik, pemasaran dan sebagainya.
Thursday, 3 September 2015
Tatacara Menghantar Borang Keahlian MEKAR
Pada masa ini MEKAR membangunkan blog sementara untuk menyalurkan
maklumat kepada ahli. Jika MEKAR memperoleh dana daripada pihak DBP, kita akan
membangunkan laman web yang lebih canggih yang mempunyai kelebihan berbanding
blog. Bagi mereka yang ingin menghantar Borang Keahlian melalui e-mel (belum
boleh dilakukan melalui web), yang berikut ialah tatacaranya:
1. Muat turun Borang Keahlian (dalam Word).
2. Isi maklumat yang diperlukan.
3. Tampal
gambar (digital) di ruangan yang disediakan– jika gambar belum ada di komputer,
imbas gambar sedia ada atau gunakan
kamera digital/telefon bimbit. Klik kanan gambar, pilih Copy. Pergi ke Borang
Keahlian dan klik Paste pada ruangan gambar.
4. Sediakan
tandatangan pada kertas putih. Kemudian imbas. Boleh juga ambil gambar (tapi
akan kelihatan gelap sedikit latarnya). Imbasan tandatangan tadi perlu disimpan
dalam format gambar (contoh: imbasan tandatangan disimpan dalam MS PowerPoint,
potong/crop imej kemudian klik kanan dan Save as Picture. Beri nama misalnya “Tandatangan
A”. Gambar tandatangan akan disimpan dalam Folder Picture).
5. Klik “Tandatangan A”. Kemudian klik kanan imej dan pilih
Copy.
6. Pergi ke Borang Keahlian dan klik Paste pada ruangan
tandatangan.
7. Jika
hendak membayar Yuran Tahunan RM20, Nombor Akaun (Semasa) RHB ialah 2140-6200-0946-00.
Mohon simpan bukti pembayaran.
8. Setelah Borang Keahlian siap diisi, Save as dalam format
PDF.
9. Hantar borang ke alamat e-mel berikut:
atiah25@yahoo.com
(puan Atiah – Setiausaha)
10. Sebarang masalah boleh hubungi saya:
jamal_ms@yahoo.com
(Jamaluddin – 012-6690919)
Mesyuarat Agung Khas Persatuan Mantan Karyawan DBP Malaysia (MEKAR)
Mesyuarat di atas diadakan pada 15 September 2015 (Selasa) pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Tingkat 31 Menara DBP. Tuan/puan mantan karyawan DBP dijemput hadir untuk membincangkan pindaan Perlembagaan MEKAR yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Selepas Perlembagaan MEKAR dipersetujui dan disahkan, program dan aktiviti akan dimulakan. Sokongan tuan/puan amat diharapkan demi mencapai matlamat penubuhan MEKAR. Tuan/puan yang masih belum mengisi Borang Keahlian bolehlah berbuat demikian sebelum mesyuarat. Yuran Tahunan RM20 berserta 2 keping gambar ahli. Terima kasih.
Muat turun Borang Keahlian
Kepada mantan karwayan DBP yang ingin memuat turun Borang Keahlian, sila klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)