Thursday 16 November 2017

Aktiviti-aktiviti MEKAR

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh MEKAR ialah:-

1. MAJLIS TAUTAN KASIH DBP (Selesai)

Majlis Tautan Kasih DBP telah diadakan pada 15 November 2017 bertempat di Dewan Bankuet DBP. Majlis ini telah dianjurkan oleh MEKAR dengan kerjasama Kelab Otai DBP telah berjaya menghimpunkan kira-kira 150 orang mantan karyawan DBP serta keluarga mereka. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan menghimpunkan semula mantan karyawan DBP dan menaut serta mengukuh semula silaturrahim anata sesama kita.






2. PROGRAM KEBAJIKAN (TAUTAN KASIH) (Dilaksanakan mulai Disember 2017 dan berterusan)

Objektif- Untuk mengeratkan semula silaturrahim antara mantan karyawan DBP dan keluarga atau waris mereka yang sakit, uzur atau ditimpa musibah.

Bentuk Program
 a. Zarah dan kunjungan
 b. Hari Keluarga
 c. Jamuan hari raya
 d. Lawatan

(Rujuk Senarai Terkini Mantan Karyawan DBP Yang Sakit, Uzur dan di Timpa Musibah- Disini)




3. TABUNG DANA KEBAJIKAN MEKAR (Telah dilancar dan telah memulakan kutipan)

Objektif-Tabung  Dana ini ditubuhkan untuk membiayai kegiatan kebajikan untuk faedah mantan karyawan DBP, keluarga dan waris mereka khususnya atau bentuk sumbagan kewangan atau bukan kewangan pada nilai yang ditentukan oleh Jawatankuasa Tabung

Kegiatan kebajikan- Ziarah dan kunjungan mantan karyawan DBP yang sakit, uzur atau ditimpa musibah.
Antara yang layak ialah:-
 a. Mantan karyawan DBP, keluarga atau waris sakit di hospital atau rumah.
 b. Mantan karyawan DBP yang tua dan uzur dirumah atau dipusat jagaan.
 c. Mantan karyawan DBP yang mempunyai ahli keluarga yang kurang upaya (OKU).
 d. Mantan karyawan DBP yang susah dan mengalami kesempitan hidup.
 e. Kematian mantan karyawan DBP atau ahli keluarga mereka,




4. PROGRAM KURSUS DAN LATIHAN (Akan dimulakan dan berterusan)

Objektif- Memanfaatkan semula kepakaran dan pengalaman mantan karyawan DBP ke arah membina tenaga kerja yang berilmu dan berpengetahuan dalam bidang-bidang bahasa, sastera, penerbitan dan pengurusan melalui kursus dan latihan. Disamping itu, kegiatan ini juga mampu menjana sumber kewangan kepada MEKAR bagi menampung perbenlajaan kegiatan-kegiatan MEKAR pada masa hadapan.

Antara program kursus dan latihan yang akan dilaksanakan ialah:-
 a. Kursus Pemugaran DBP- Kursus Pemugaran Khas-Gred 48-52, Kursus Pemugaran I- Gred 41-44, Kursus Pemugaran II- Gred 41-44.
 b. Kursus Bahasa Melayu- Kursus Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing (Am) dan Kursus Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing (Eksekutif)
 c. Kursus Penulisan- Kursus Penulisan I- Dokumen Rasmi, Kusus Penulisan II- Buku Teks, Kursus Penulisan III- Kreatuf dan Kursus Penulisan iV- Makalah/Ilmiah.
 d. Kursus Penerbitan- Kursus Penyuntingan -Karya Asli, Kursus Penyuntingan-Terjemahan, Kursus Rekabentu Bahan dan Kulit, Kursus Atur Huruf dan Reka Letak, Kursus Penerbitan- Nota Kaki, Indeks dan Glosari.
 c. Kursus Pengurusan, Kewangan, Pemasaran dan Pentadbiran.

No comments:

Post a Comment