Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu dan berbicara secara maya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke blog Persatuan Mantan Karyawan DBP Malaysia (atau ringkasnya MEKAR).
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan bahawa MEKAR telah mendapat kelulusan pendafataran dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sebagai sebuah pertubuhan yang sah maka MEKAR telah menetapkan beberapa objektif iaitu:-
a. Menyatukan para pesara dan mereka yang pernah
berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), untuk mengekalkan
silaturahim antara mereka, juga dengan pihak pentadbiran DBP.
b. Menjalankan
kegiatan kebajikan dan sosial untuk faedah ahli serta keluarga mereka.
c.
Memberikan sumbangan idea atau buah fikiran dan
sumbangan kepakaran yang boleh meningkatkan kemajuan dan pembangunan DBP dan
negara.
d.
Mengumpul dana untuk menggerakkan Persatuan
melalui pelbagai program yang dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan pihak
berkuasa tertentu.
e.
Menubuhkan, memiliki dan menguruskan entiti perniagaan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dibenarkan selagi tidak
bertentangan deiktngan undang-undang bagi faedah ahli.
Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk menjayakan objekif penubuhan MEKAR.
Akhir sekali saya harapkan semua mantan karyawan DBP boleh menghubungi kami dengan segera melalui email ptdmekar@gmail.com
No comments:
Post a Comment